Pages

Tuesday, December 13, 2011

cinta harus memiliki ye

gedik je kan tittle entry hari nie...
dah janji da nie xnak cer lagi pasal hati dan perasaan...
cume hari ie aku rasa aku yakin dan percaya dengan hati aku...
dah kenal maka xcinta...bukan kenal maka cinta...
pernah xkorang rasa mcm apa yang aku rasa tu?
betul lah apa yang orang selalu cakap, cinta itu buta, dan don't judge a book by its cover...
dah terlambat segalanya bila aku realize yg sebenarnya pembela saka tu mmg bukan aku yg punya tapi aku dah terfall kat orang lain... sayang sangat awal2 hari tu aku xsedar...


sebenar2 nya orang yang baik tu ada kat depan aku...
cume aku yg buta xnampak.... ya ALLAH... i'm two steps behind weh... serius...
hari nie baru aku tersedar dan bercakap dalam hati... untung nye kawan aku tu dapat dia...
bwahahahahhaa... aku mmg selalu lambat ye bab2 nie... aku nie da mcm xde deria rasa kot....


i'm always fall for wrong guy ... but i know.. my mr right is out there with wrong girl...
xpe... aku akan tunggu waktu itu

Sunday, December 11, 2011

shop shop soonnnnn









Thursday, December 8, 2011

haip

hehehe.... anda boleh lihat di sebelah kanan bawah anda...
yee pic kat fb i..tuh pic ghambut terbaru i...ngehehehe okeng so gedik kan...


well well...i'm back with new topics... hopefully no more bout love story ngehehehe...


hari nie i nak share pasal sejenis penyakit...ce teke ce teke.. okeng xdapat teke
i nak share hari nie pasal penyakit mental.... haaa jgn nak gelak2.. benda nie serius..
sesiapa pun boleh dapat penyakit nie tau...even muda...
i tetibe nak share pasal benda nie hari nie since lately orang yg sekeliling i involve dengan benda nie...
yang sorang perempuan yang sorang lelaki... dedua dah berkawin pun...



Apa itu penyakit mental?  
• Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.



1. Neurosis: 
o Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka.  
o Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut: 


ƒ Kemurungan  
ƒ Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan  berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami.  Akan tetapi jika perasaan  sedih itu terlalu berat untuk  ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta  menganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit kemurungan. 


ƒ Kebimbangan  
ƒ Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebardebar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya.



2. Psikosis: 
Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas  
o Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh  orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan  
o Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.  Contoh psikosis yang sering dialami adalah: 

ƒ Schizophrenia :  
ƒAntara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan  pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.  
ƒ 
Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):  
Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan). 



3. Kecelaruan Personaliti:
o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah  yang dialami ini boleh menberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.  


Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental? 
1. Faktor genetik/ keturunan:
2. Gangguan bahan kimia dalam otak:  
3. Jangkitan virus:
4. Sejarah hidup yang getir:
5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:



• Kemajuan dalam bidang perubatan moden  telah membolehkan penemuan ubat-ubat 
yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. 
• Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa 
sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat 
secara konsisten amat digalakkan.  
• Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan  seperti kaunseling, psikoterapi, terapi 
kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan 
carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.