hehehe.... anda boleh lihat di sebelah kanan bawah anda...
yee pic kat fb i..tuh pic ghambut terbaru i...ngehehehe okeng so gedik kan...
well well...i'm back with new topics... hopefully no more bout love story ngehehehe...
hari nie i nak share pasal sejenis penyakit...ce teke ce teke.. okeng xdapat teke
i nak share hari nie pasal penyakit mental.... haaa jgn nak gelak2.. benda nie serius..
sesiapa pun boleh dapat penyakit nie tau...even muda...
i tetibe nak share pasal benda nie hari nie since lately orang yg sekeliling i involve dengan benda nie...
yang sorang perempuan yang sorang lelaki... dedua dah berkawin pun...
Apa itu penyakit mental?
• Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
1. Neurosis:
o Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka.
o Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:
Kemurungan
Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami. Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta menganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit kemurungan.
Kebimbangan
Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebardebar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya.
2. Psikosis:
Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas
o Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan
o Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Contoh psikosis yang sering dialami adalah:
Schizophrenia :
Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.
Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):
Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan).
3. Kecelaruan Personaliti:
o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.
Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?
1. Faktor genetik/ keturunan:
2. Gangguan bahan kimia dalam otak:
3. Jangkitan virus:
4. Sejarah hidup yang getir:
5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
• Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat
yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.
• Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa
sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat
secara konsisten amat digalakkan.
• Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi
kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan
carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
Thursday, December 8, 2011
haip
Posted by
Sultry Temptress
at
12/08/2011 08:23:00 PM
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
| Reactions: |



0 comments:
Post a Comment